Monthly Archives: February 2012

Forum Maulidur Rasul 2012

407898_3210895837056_1406045547_4993228_1172581214_n

Laporan Program Sambutan Maulidur Rasul 1433Hijrah @ Lancaster 2012

Baru-baru ini telah berlangsungnya program maulidur rasul yang dianjurkan oleh pihak Lancaster Malaysian Student Society (LUMSS) dengan kerjasama dari pihak HELWA, KELAB UMNO LANCASTER dan MAJLIS ILMU. Berikut adalah butiran lanjut:

Tempat : Frankland Colloqium LB1, Frankland Building, Lancaster University

Masa : 9.30am – 1.00pm

Tarikh : 11 Februari 2012

Pada kali ini, pihak penganjur  program yg diketuai oleh Cik Nurul Izzati Mat Hasan dan ajk-ajk membawa  tema forum yang bertajuk  “Law Kanaa Bainana ( Andainya Rasulullah SAW bersama kita)” yang mana ahli-ahli panelnya terdiri daripada  undergraduate iaitu Saudara Aiman Fikri(Tahun Ketiga), Saudara Safuan Bahri (Tahun Ketiga), Saudari Nazariyah Othman (Tahun Kedua) dan moderator forum ( Saudara Azman Ali( Postgraduate Student), pengulas forum Saudara Ustaz Hilmi.  Forum ini juga bertujuan untuk melatih undergraduate untuk lebih out-spoken dan berkeyakinan tinggi untuk  berhadapan depan khayalak ramai yang mana  adalah satu kelebihan untuk dipraktikkan di alam kerjaya kelak.

Program ini bermula pada jam 9.30pagi dengan kehadiran tetamu. Sekitar jam 10.00pagi program ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hilmi dan diteruskan dengan penyampaian video oleh Saudara Syafiq Ismail. Video yang dipaparkan adalah bertajuk “kelahiran Rasulullah dan lagu tema forum Laukana Bainana. Disini sedikit sebanyak kita boleh mengetahui biodata tentang  Nabi Junjungan SAW, bilakah Baginda dilahirkan dan bermacam peristiwa berlaku sempena kelahiran Nabi yang Mulia SAW.  Sebelum forum diteruskan, pihak juga menganjurkan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak 12tahun ke bawah yang dikendalikan oleh Saudari Ameera Faseeha. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk melatih kanak-kanak lebih kreatif dan di samping itu memperkenalkan akhlak Rasulullah SAW. Seterusnya acara diteruskan dengan forum selama 2jam.  Banyak pengetahuan dan ilmu yang disampaikan oleh panel-panel dan membuat ramai tetamu tersentuh. Pada kali ini, pihak panel ingin membuat kelainan dengan bertanya soalan kepada tetamu bukan sebaliknya. Ini telah membuatkan  acara forum menjadi lebih aktif dengan tetamu turut terlibat dalam forum.

Selepas tamatnya forum, sedikit video mengenai  Kewafatan Nabi dipaparkan dan diikuti dengan selawat kepada Nabi Muhammad SAW  yang diketuai oleh Ustaz Hilmi.  Dan diteruskan dengan acara penyampaian hadiah  untuk pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan kuiz Maulidur Rasul 2012 dan tanda penghargaan untuk ahli panel, moderator dan pengulas. Seterusnya, tetamu dijamu dengan makanan tengahari  dan tambahan acara memotong kek sempena sambutan hari jadi yang ke-11 adik Iman. Semasa makan, diselit juga mesyuarat ringkas oleh Dr Kamarul Imran( Pengerusi LUMSS) membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan tidak lama lagi. Berkat program yang dijalankan pihak penganjur telah menerima sebanyak GBP205 sumbangan yang terdiri daripada pihak (HELWA,MAJLIS ILMU, KELAB UMNO, INDIVIDU). Jutaan terima kasih kepada pihak yang telah sudi menyumbang tidak kira dari segi kewangan,makanan,hadiah, tenaga, moral dan lain-lain. Dan tahniah kepada pihak ajk program kerana telah berjaya melaksanakan satu lagi aktiviti yang bermanfaat pada hujung minggu. Diharap program ini dapat menambah lagi kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW.

Disediakan oleh,

NURUL IZZATI MAT HASAN

(Pengarah Projek 2012)